Mutakhir ini, dunia dilanda wabak pandemik COVID-19 yang telah meragut jutaan nyawa. Ironinya, fenomena ini memberi impak yang besar, bukan sahaja kepada sektor ekonomi, politik dan sosial; malahan sektor pendidikan juga turut terkesan. Pandemik COVID-19 ini secara tidak langsung telah mendesak pendidikan tinggi di Malaysia dan seantero dunia untuk meneroka amalan dan peluang baharu demi memastikan kelangsungan universiti agar kekal relevan dan berdaya saing. Namun, isu dan cabaran pandemik COVID-19 ini sukar untuk diramal dan berisiko tinggi. Kesinambungan daripada itu, pendidikan tinggi di Malaysia dan seluruh dunia perlu sentiasa untuk bersedia mengenal pasti, meramal, merancang dan membuat keputusan yang bijaksana agar pembangunan dan kesejahteraan pendidikan tinggi terus kekal seimbang dan produktif serta holistik.
Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah berperanan besar dalam menyediakan latihan dan pembangunan dalam melahirkan pemimpin yang berkaliber serta staf yang berpotensi tinggi. ILD yang bernaung di bawah Bahagian Hal Ehwal Akademik dan Antarabangsa bersama-sama menguruskan tunjang utama universiti dari segi pengajaran dan pembelajaran, serta pengantarabangsaan. Sebagai sebuah universiti terbesar di Malaysia yang juga turut terkesan dengan pandemik COVID-19, UiTM telah berusaha sebaik mungkin untuk menstabilkan perlaksanaan aktiviti akademik, penyelidikan, pengantarabangsaan serta memastikan perkembangan pembangunan bakat dapat diteruskan. Di samping itu, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) yang sentiasa mengkaji perkembangan dasar negara menyokong peranan BHEA dalam memastikan UiTM bergerak seiring dengan hala tuju pendidikan tinggi negara dan dunia. Manakala, Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang profesional dan berperanan penting dalam menyalurkan maklum balas dan cadangan ke arah penambahbaikan dasar pendidikan tinggi di Malaysia.
Justeru, ILD dan Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP) berusaha serta mengambil peluang untuk menjalankan webinar UiTM PenDaPaT yang bertajuk Navigating the Future Direction of Higher Education in Malaysia. Wacana akademik melalui webinar ini diharapkan berupaya untuk membantu UiTM dalam berkongsi dan mengetengahkan amalan dan strategi baharu kepada universiti lain, di samping mempelajari amalan-amalan terbaik (best practices) yang dijalankan oleh universiti lain di Malaysia. Selain itu, jaringan kerjasama di antara UiTM dan Pertubuhan
Pembangunan Penyelidikan dan Dasar Pendidikan Tinggi Malaysia (PenDaPaT) dapat dipertingkatkan bagi bersama-sama membantu memantapkan dasar pendidikan tinggi di Malaysia.

Program wacana ini berjaya mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan jumlah penyertaan peserta iaitu seramai 230 orang. Pelbagai soalan kritikal berbentuk cadangan strategi perlaksanaan semasa dan selepas pandemic COVID-19 telah diajukan kepada panel. Kejayaan penganjuran wacana ini adalah hasil kerjasama strategik antara PenDaPaT, Institut Kepimpinan dan Pembangunan (ILD) dan Fakulti Pentadbiran & Pengajian Polisi (FSPPP). Program wacana ini telah mendapat komitmen pihak Pengurusan tertinggi UITM untuk diteruskan dalam siri ke 2 dengan kupasan isu pendidikan tinggi yang relevan.