Program Wacana Akademia dan Pembangunan Polisi dianjurkan bagi mengupas kepentingan pembangunan polisi dalam menonjolkan kepakaran ahli akademik untuk menyumbang kepada dasar dan polisi di pelbagai peringkat. Kesedaran terhadap kepentingan pembangunan polisi perlu ditingkatkan dalam kalangan ahli akademik, lebihlebih lagi, pihak kerajaan atau autoriti sudah mula beralih daripada menggunakan kepakaran konsultan antarabangsa kepada membuka penyertaan ahli akademik tempatan. Satu sumbangan besar yang boleh dilakukan oleh ahli akademik ialah pembangunan polisi. Pembangunan polisi bermaksud membangunkan polisi berasaskan penyelidikan yang boleh menjadi dasar kerajaan dan pihak berkepentingan untuk manfaat masyarakat awam. Pembangunan polisi masih lagi asing dalam kalangan ahli akademik kerana hanya segelintir kecil yang terlibat. Rata-rata mereka lebih terlibat dalam penyelidikan untuk diterbitkan dalam penerbitan jurnal terindeks. Manakala pembangunan polisi diterjemahkan sebagai penerbitan buku atau kertas polisi seperti pelan induk, pelan strategik, pelan tindakan atau blueprint untuk kepentingan awam dan mempunyai impak besar kepada masyarakat dan negara. Impak penerbitan polisi ini juga memberikan impak yang sama hebat sepertimana penerbitan penulisan dalam jurnal terindeks.
Wacana ini mengupas pembangunan polisi, iaitu “Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Medun Melayu Antarabangsa” 5 November 2020. Wacana siri pertama ini memberi fokus kepada proses pembangunan polisi Pelan Induk Johor sebagai Pusat Tamadun Melayu Antarabangsa 2021-2025. Pelan ini adalah contoh terbaik pembangunan polisi berasaskan penyelidikan yang disediakan oleh pasukan panel pakar empat universiti awam yang menyentuh pelbagai bidang kepakaran seperti sejarah, tamadun, bahasa, pendidikan, warisan budaya, ekonomi, pelancongan, politik dan teknologi maklumat. Wacana intelektual ini dianjurkan oleh Pertubuhan Pembangunan Penyelidikan Dan Dasar Pendidikan Tinggi Pendidikan Tinggi PenDaPaT dengan kerjasama Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS), Universiti Putra Malaysia. Wacana sesi pertama ini membariskan tiga panel iaitu Prof. Emeritus Dato’ Dr. Ibrahim Komoo, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr. Badaruddin Mohamed, Universiti Sains Malaysia (USM) dan Prof. Madya Dr. Normaz Wana Ismail, Universiti Putra Malaysia (UPM). Wacana ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Izani Mohd Zain, UPM, ahli PenDaPaT yang juga Ahli Pemikir IPSAS.

Program wacana ini berjaya mendapat sambutan menggalakkan dengan liputan media yang sangat baik dan meluas. Kejayaan penganjuran wacana adalah hasil kerjasama strategik antara PenDaPaT dan IPSAS, Universiti Putra Malaysia. Program wacana seumpama ini wajar diteruskan di universiti awam atau swasta lain dengan kupasan isu pendidikan tinggi yang relevan.