Communication Skills: A Prerequisite for Academic Excellence |
28 - 29 November 2016
|
held by Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota and PenDaPaT.
OBJEKTIF
AKTIVITI PROGRAM
Bengkel yang bertajuk “Communication Skills: A Prerequisite for Academic Excellence” dilaksanakan atas permintaan pihak UMK, yang diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK. Empat sesi latihan telah dilaksanakan dalam sesi bengkel sehari tersebut, seperti yang dijadualkan. Fokus bagi setiap sesi juga telah ditentukan oleh pihak UMK. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon (UniMAP) telah menjadi fasilitator bagi sesi “Assessment of Communication Skills of the Participants” dan “Skills in Verbal Presentation”, manakala Prof. Dr. Ambigapathy Pandian (USM) telah mengendalikan sesi “Language Proficiency and Academic Excellence” dan “Skills in Writing”.
Seminar ini merupakan sebahagian daripada program pengurusan dan pembangunan bakat akademia bagi UMK. Justeru, aktiviti seminar serta makan minum peserta dan tempat tinggal fasilitator telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak UMK. Sementara kos perjalanan dua orang fasilitator telah ditanggung oleh PenDaPaT.
Kehadiran peserta yang rendah, tidak memenuhi sasaran dan tidak mencapai objektif UMK telah memberi peluang kepada para fasilitator untuk mengambil pendekatan pengajaran yang lebih aktif menggunakan komunikasi dua hala, lebih personal dan interaktif.
AKTIVITI KURSUS
HASIL/ KESIMPULAN
Dari segi kehadiran peserta, program ini telah tidak mendapat sambutan penyertaan seperti yang disasarkan. Input daripada pihak sekretariat program menggambarkan bahawa isu waktu (masa dalam semester) dan aspek pengurusan program tersebut menjadi faktor penyumbang kepada kehadiran peserta yang rendah.
Walau bagaimanapun, bagi enam orang peserta yang hadir, bengkel tersebut telah memberi peluang kepada mereka untuk memahami secara lebih jelas akan keperluan dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam konteks kesarjanaan dan kecemerlangan akademik. Ia juga telah memberi peluang kepada mereka berlatih menggunakan Bahasa Inggeris dalam aspek yang ditekankan dalam bengkel. Pendekatan interaktif juga telah memberi peluang kepada mereka untuk mendapat input dan maklum balas secara terus dan jelas, yang membantu mereka untuk melaksanakan penambahbaikan.
- Meningkatkan kefahaman ahli akademik UMK tentang kepentingan Bahasa Inggeris dan kaitannya dengan kecemerlangan dan kesarjanaan akademik; dan
- Memberi peluang kepada peserta untuk mendapat latihan “hands-on” dalam kemahiran berkomunikasi, pembentangan dan penulisan dalam Bahasa Inggeris
AKTIVITI PROGRAM
Bengkel yang bertajuk “Communication Skills: A Prerequisite for Academic Excellence” dilaksanakan atas permintaan pihak UMK, yang diwakili oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Che Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMK. Empat sesi latihan telah dilaksanakan dalam sesi bengkel sehari tersebut, seperti yang dijadualkan. Fokus bagi setiap sesi juga telah ditentukan oleh pihak UMK. Prof. Dr. Harshita Aini Haroon (UniMAP) telah menjadi fasilitator bagi sesi “Assessment of Communication Skills of the Participants” dan “Skills in Verbal Presentation”, manakala Prof. Dr. Ambigapathy Pandian (USM) telah mengendalikan sesi “Language Proficiency and Academic Excellence” dan “Skills in Writing”.
Seminar ini merupakan sebahagian daripada program pengurusan dan pembangunan bakat akademia bagi UMK. Justeru, aktiviti seminar serta makan minum peserta dan tempat tinggal fasilitator telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak UMK. Sementara kos perjalanan dua orang fasilitator telah ditanggung oleh PenDaPaT.
Kehadiran peserta yang rendah, tidak memenuhi sasaran dan tidak mencapai objektif UMK telah memberi peluang kepada para fasilitator untuk mengambil pendekatan pengajaran yang lebih aktif menggunakan komunikasi dua hala, lebih personal dan interaktif.
AKTIVITI KURSUS
- Assessment of communication skills of the participants
- Language proficiency and academic excellence
- Skills in verbal presentation
- Skills in writing