Southeast Asian Higher Education Summit |
November 2016
|
held by Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKePT), Universiti Putra Malaysia (UPM), Majlis Kerjasama Ketua-Ketua Pengajaran dan Pembelajaran (MAGNETIC), Majlis e-Pembelajaran IPTA Malaysia (MEIPTA) and PenDaPaT.
OBJEKTIF
AKTIVITI PROGRAM
Enam (6) kertas sumbangan telah dibentangkan oleh pembentang yang telah disenarai pendek pada sebelah pagi dan diikuti oleh dua belas (12) pembentangan oleh pembentang jemputan (Lampiran 1).
Sidang kemuncak ini merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk membangunkan bakat berilmu dan berakhlak mulia yang menyumbang kepada pembangunan negara melalui 10 lonjakan utama yang disenaraikan pada Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia - Pendidikan Tinggi (2015 – 2025). UPM dan AKePT telah berganding bahu menguruskan semua persediaan dan aktiviti sidang kemuncak dengan kerjasama daripada MAGNETIC, MEIPTA dan PenDaPaT. Oleh kerana objektif sidang kemuncak selari dengan peranan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKePT), maka AKePT telah bersetuju untuk membiayai sepenuhnya semua kos penganjuran SEAHES2016 (penginapan peserta dan penceramah, makan minum serta perbelanjaan lain sidang kemuncak).
Memandangkan penyertaan yang ramai, bengkel ini tidak dapat dijalankan secara aktif menggunakan komunikasi dua hala dan teknik interaktif tetapi lebih berbentuk ceramah, soal jawab dan forum.
HASIL / KESIMPULAN
Sidang kemuncak yang telah disertai oleh seramai 150 orang peserta ini telah berjaya mengupas dan mengenal pasti amalan terbaik serta strategi untuk membangunkan pemimpin akademik masa depan dalam persekitaran kekangan sumber. Hasil dari sidang kemuncak ini juga boleh dijadikan asas bagi merangka 4 trek kenaikan pangkat pegawai akademik yang perlu dilaksanakan oleh setiap universiti awam dan swasta di Malaysia.
- Menyediakan wadah perkongsian amalan terbaik dalam membangunkan pemimpin akademik masa depan;
- Menjalin kerjasama berterusan dengan universiti ASEAN dalam merangka strategi pembangunan pemimpin akademik IPT;
- Mengenal pasti isu dan cabaran dalam pembangunan pemimpin akademik;
- Mengenal pasti strategi yang boleh diamalkan dalam membangunkan ekologi pemimpin akademik dalam persekitaran kekangan sumber.
- Memperkasakan pendidikan tinggi negara sebagai persediaan dan kelangsungan pendidikan tinggi pada masa akan datang; dan
- Menyokong hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Akademik dan Hab Pendidikan Tinggi yang setanding dengan negara maju pada masa akan datang.