Academic Leadership and Four Career Path Module Development |
1 April 2015 until
30 June 2017 |
held by Higher Education Leadership Academy and PenDaPaT.
LATAR BELAKANG PROGRAM
Pihak AKePT telah memohon pihak PenDaPaT untuk membangun satu program latihan kepimpinan bagi memenuhi “Kerangka Pelaksanaan Kepimpinan dan Laluan Kerjaya” iaitu satu kerangka baharu yang telah dibangunkan oleh pihak AKePT dan KPT selaras dengan keperluan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) (PPPM-PT 2015-2025). Program ini mengandungi lapan modul yang berkait dengan profesion akademik, kepimpinan akademik, dasar dan governans pendidikan tinggi.
Mesyuarat jawatankuasa PenDaPaT Bil 4 2015 telah bersetuju dengan permohonan AKePT untuk menyediakan modul Program Pembangunan Kepimpinan Akademik dan Laluan Empat Kerjaya, dan melantik dua orang ahli PenDaPaT untuk mengetuai dua sub kumpulan bagi program ini. Kedua-dua ketua tersebut telah menyediakan kertas kerja serta mengenal pasti pakar bagi setiap modul. Ahli pembangun modul yang telah dikenal pasti terdiri daripada ahli PenDaPaT dan pemimpin akademik di universiti awam dan swasta.
OBJEKTIF
Secara amnya, objektif program latihan kepimpinan adalah untuk:
AKTIVITI PROGRAM
Ahli pasukan pembangun modul telah menjalankan aktiviti seperti berikut:
TARIKH AKTIVITI
Mei 2016 Bengkel 1
Jun 2016 Bengkel 2
Jun 2016 Pembentangan modul kepada pihak AKePT
Ogos 2016 Bengkel 3
Okt – Dis 2016 Menjalankan modul rintis bagi kesemua lapan modul
Disember 2016 Bengkel 4
HASIL/ KESIMPULAN
Secara keseluruhan, ke lapan-lapan modul telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta dan pihak AKePT. Maklum balas positif peserta menjurus kepada pengisian modul yang sesuai, kewibawaan fasilitator dari aspek kepakaran, pengalaman serta kesarjanaan akademik. Manakala aspek yang memerlukan penambahbaikan adalah tempoh latihan yang singkat dan padat, keperluan memberi nota secara komprehensif dan penambahan kepada topik-topik lain yang dirasakan sesuai bagi sesetengah modul. Penulis telah mengambil kira maklum balas peserta dan sedang menambah baik pengisian modul. Penulis juga sedang menulis draf pertama modul yang perlu dinilai pada bulan Mac. Seterusnya, draf akhir modul perlu diserahkan pada bulan Jun 2017.

- Meluaskan kefahaman pemimpin akademik terhadap sistem, dasar serta perubahan berkaitan sektor pendidikan tinggi;
- Meningkatkan kemahiran pengurusan serta profesionalisme untuk memimpin dan menguruskan IPT dengan berkesan;
- Meningkatkan kefahaman tentang amalan kepimpinan dan proses membuat keputusan berpandukan pertimbangan sosial, budaya dan politik; dan
- Membuat refleksi secara kritis serta berkongsi pengalaman berkaitan aspek dasar dan amalan kepimpinan di IPT.
AKTIVITI PROGRAM
Ahli pasukan pembangun modul telah menjalankan aktiviti seperti berikut:
TARIKH AKTIVITI
Mei 2016 Bengkel 1
- Pembentangan perancangan program pembangunan modul
- Pembentangan kerangka pembangunan modul dan portfolio
Jun 2016 Bengkel 2
- Pembentangan outline setiap modul oleh ahli kumpulan
- Perbincangan mengenai penyeragaman struktur dan kandungan modul
Jun 2016 Pembentangan modul kepada pihak AKePT
Ogos 2016 Bengkel 3
- Penulisan dalam setiap kumpulan sub modul
- Perbincangan dan persediaan modul rintis
Okt – Dis 2016 Menjalankan modul rintis bagi kesemua lapan modul
Disember 2016 Bengkel 4
- Pelaporan modul rintis oleh setiap ahli kumpulan
- Laporan dan maklum balas kajian rintis oleh pihak AKePT
- Taklimat berkaitan pembangunan modul oleh Timbalan Pengarah AKePT