Seminar Akademik Berbudaya Cemerlang (ABC) Universiti Malaysia Kelantan |
10 August 2015
|
held by Universiti Malaysia Kelantan Kampus Jeli and PenDaPaT.
OBJEKTIF
i) Memberi pendedahan kepada semua ahli akademik terutama ahli akademik baharu tentang perkembangan semasa pendidikan tinggi Negara;
ii) Meningkatkan kefahaman ahli akademik tentang profesion, peranan dan kesarjanaan akademik.
AKTIVITI PROGRAM
Lima pembentangan telah dijalankan mengikut program yang disediakan oleh lima ahli jawatankuasa PenDaPaT iaitu Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Morshidi Sirat (USM), Prof. Dato’ Dr. Norzaini Azman (UKM), Prof. Dr. Harshita Aini Haroon (UUM), Prof. Dr. Aida Suraya Md. Yunus (UPM) dan PM Dr. Angelina Yee Seow Voon (Univ of Nottingham, Malaysia) (Lihat Lampiran).
Seminar ini merupakan sebahagian daripada program pengurusan dan pembangunan bakat akademia bagi Universiti Malaysia Kelantan. Justeru, aktiviti seminar serta makan minum peserta dan tempat tinggal penceramah telah diuruskan sepenuhnya oleh pihak UMK. Sementara kos perjalanan dua penceramah telah ditanggung oleh PenDaPaT dan tiga penceramah lagi diuruskan oleh individu penceramah tersebut.
Memandangkan penyertaan yang ramai, bengkel ini tidak dapat dijalankan secara aktif menggunakan komunikasi dua hala dan teknik interaktif tetapi lebih berbentuk ceramah dan soal jawab.
HASIL / KESIMPULAN
Program ini telah mendapat sambutan penyertaan yang luar biasa di mana hampir 300 orang peserta telah menghadiri program. Program ini telah berjaya memperkenalkan konsep profesion akademik dan juga konsep autonomi dalam sistem pendidikan tinggi serta kepentingan dan kerelevanan konsep-konsep ini dalam pembangunan pendidikan tinggi Negara. Apa yang penting untuk ahli akademik lakukan adalah untuk menghayati sikap dan amalan professional ahli akademik yang mengarah kepada pembentukan institusi dan akademik berbudaya cemerlang.
Ramai merasakan ini merupakan pendedahan pertama tentang perkara ini yang seharusnya disampaikan lebih awal lagi iaitu semasa mereka mula memasuki profesion akademik. Oleh itu, ramai peserta berpendapat lebih banyak program seumpama ini diperlukan tetapi dalam suasana yang lebih informal bagi membincangkan strategi untuk memperkasa profesion akademik, di samping mengetahui perkembangan dan pendekatan semasa yang berlaku di peringkat kementerian.