Seminar on Higher Education Research Policy (SHERP) 2015 |
21 May 2015
|
held by Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN) and PenDaPaT.
OBJEKTIF
AKTIVITI
Tiga kertas kerja berkaitan PPM-PT telah dibentangkan. Profesor Dato’ Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dari Kementerian Pendidikan Tinggi (KPM) telah membentangkan kertas bertajuk “Malaysian Higher Education Blueprint 2015-2025: Implications and Way Forward”, untuk memberi gambaran berkaitan pelan tersebut serta aspek-aspek utama yang diberi penekanan. Profesor Dato’ Dr Norzaini Azman (Universiti Malaysia Terengganu/Universiti Kebangsaan Malaysia) pula telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Academic Talent and Development in Malaysian Universities: An Interplay of Policy, Strategy and Institution; sementara kertas kerja yang dibentang oleh Profesor Madya Dr Shukran Abdul Rahman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM) berkisar tentang isu kebolehpasaran graduan, melalui kertas kerja bertajuk “Enhancing Employability among Graduates of Malaysian Higher Education Institutions”.
Sesi perbincangan yang berpusat kepada fokus dan pelaksanaan PPPM (PT) telah berlangsung dengan tajuk “Responses to Malaysian Higher Education Blueprint” telah dikendalikan oleh Profesor Vincent Pang dari Universiti Malaysia Sabah (UMS). Ahli panel jemputan ialah Prof Dr Harshita Aini Haroon dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan Prof Madya Dr Abdul Razak Ahmad dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)/Bait Al Amanah.
HASIL / KESIMPULAN
Seminar telah diakhiri dengan ucapan penutup oleh Presiden PenDaPaT, Prof Dato’ Dr Morshidi Sirat. Beliau telah merumuskan akan keperluan untuk semua pihak yang terlibat untuk melihat PPPM (PT) 2015-2025 secara kritikal serta memastikan bahawa pelaksanaannya akan dapat mencapai objektif pendidikan tinggi Negara.
Secara kesimpulan, peserta menyambut baik pelan baharu yang dilancarkan namun masih menunggu cadangan pendekatan atau strategi untuk mencapai hasrat pelan yang berasaskan sepuluh lonjakan. Segala perbincangan dan keputusan perlulah didasarkan kepada asas dan data empirikal yang kukuh dan bukan atas dasar politik kepimpinan tinggi.
- Mendapat input berkaitan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025;
- Membincangkan isu-isu dasar dan pelaksanaan yang perlu diberi perhatian berkaitan lonjakan yang digariskan.