"Kewujudan 461 universiti awam dan swasta di negara ini disifatkan sebagai melebihi keperluan, jika dibandingkan dengan bilangan penduduk negara ini yang berjumlah 32 juta orang. Kajian terhadap senario IPTS di negara ini menunjukkan bahawa menjelang 2020, negara bakal berhadapan dengan keadaan penawaran tempat di universiti melebihi daripada permintaan. Akibatnya, kita terpaksa bergantung kepada kemasukan pelajar antarabangsa tetapi malangnya, kehadiran mereka semakin menunjukkan kemerosotan disebabkan faktor tertentu,” - IPT Bukan Komoditi