Pengarah Commonwealth Tertiary Education Facility (CTEF), Prof Datuk Dr Morshidi Sirat, berkata dalam kalangan negara Komanwel yang sedang membangun, pengajian pasca siswazah di Malaysia dilihat sebagai suatu jenama yang boleh dipercayai dan kehadapan, malah ia dibuktikan melalui jumlah kemasukan pelajar dari sana ke negara ini.
Pengerusi PenDaPaT, Prof Datuk Dr Norzaini Azman, berkongsi bahawa peserta forum turut membincangkan ciri ahli akademik profesional dan cemerlang serta budaya akademik tulen yang memberi penekanan kepada aspek etos, etika, kesarjanaan, kesepakaran serta keserakanan.