Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) yang dilancarkan pada 2007 dan agenda pengantarabangsaan pendidikan tinggi yang dilaksanakan pada 2011 telah mendorong pengambilan ahli akademik antarabangsa di universiti-universiti di Malaysia. Pendekatan ini telah memberikan gambaran positif mengenai kepentingan negara memiliki sistem pendidikan yang berkualiti dengan menarik bakat antarabangsa seiring dengan fokus dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), PPPM PT 2015-2025. Dalam hal ini, pencarian bakat tidak hanya terbatas di dalam Malaysia. Justeru, universiti-universiti Malaysia didorong untuk menarik bakat terbaik daripada kalangan profesional, industri dan masyarakat antarabangsa, termasuk akademik antarabangsa terkemuka. Melalui strategi ini, universiti-universiti Malaysia dapat bersaing di persada global dengan penyertaan akademia antarabangsa.
Bagi membincangkan perkara ini dengan lebih mendalam, satu forum telah diadakan bertajuk Commonwealth Academics In Malaysia Forum, “Commonwealth Academics In Malaysian Universities: Boon Or Bane?”. Panel forum yang terlibat ialah Profesor Emeritus Abd Rashid Morten, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor, Profesor Nasir Shafiq, Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak dan Dr Wan Chang Da, Institut Penyelidikan Pendidikan Tinggi Negara (IPPTN), USM, Pulau Pinang. Forum ini dipengerusikan oleh Prof. Dr. Ismi Arif Ismail daripada UPM.

Penganjuran forum ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan jumlah penyertaan kira-kira 70 orang. Hasil dapatan program ini telah disampaikan ke pihak Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Commonwealth Secretariat untuk tindakan susulan.