PenDaPaT
  • HOME
  • ABOUT US
  • ACTIVITIES
    • PROJECTS
    • NEWS
  • CONTACT US
  • APPLY NOW

Academic Forum 2020 anjuran PenDaPaT dan UiTM
[26 November 2020]

Kesinambungan daripada webinar UiTM-PenDaPaT bertajuk Navigating the Future Direction of Higher Education in Malaysia yang telah berjaya dijalankan pada 28 Julai 2020, satu webinar susulan telah dilaksanakan bertajuk Higher Education Leadership in Navigating the COVID-19 Disruption. Webinar ini mengkhususkan kepada kepentingan kepimpinan pendidikan tinggi dalam mentransformasikan agenda pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan inovasi dari perspektif dalam dan luar negara.
Picture
Susulan daripada webinar pertama yang telah dijalankan, program wacana kedua ini juga telah berjaya mendapat sambutan menggalakkan berdasarkan 237 jumlah peserta dan pelbagai soalan yang dibangkitkan. Langkah seterusnya yang telah dibincangkan termasuk rancangan untuk mendokumenkan hasil wacana ini sebagai sebuah buku terbitan UiTM. Kertas konsep dan proses penghasilan buku sedang diperhalusi oleh pihak ILD, UiTM bersama PenDaPaT.
Picture
Picture
Picture

Support

Contact
FAQ
Terms of Use
© COPYRIGHT 2019. ALL RIGHTS RESERVED.
  • HOME
  • ABOUT US
  • ACTIVITIES
    • PROJECTS
    • NEWS
  • CONTACT US
  • APPLY NOW